Baru2 ni aku chat ngn sorg member lama aku dalam Facebook..punya la lama aku xjmp dia..time dia kawen hari tu pun aku xsempat nk pegi sebab ada urusan kerja..Faiz...tu lah nama member aku tu..untuk pengetahuan korg semua, dia ni mmg partner aku time blaja dulu..kami penah tubuh kan satu kumpulan penyiasatan misteri..Gaiman Zone..nnt kl ada kesempatan, aku akan ceritakan lebih lanjut lagi tentang kumpulan tu pada post akan datang..actually, aku pnh post cite psl pengalaman pelik member aku ni dalam Chapter 10 dulu..pengalaman yg paling xdpt aku dan dia lupakan..
Sembang nya sembang, aku tny dia psl kehidupan alam misteri dia..aku igt dia dh x join sgt psl bnd2 ni...rupanya sangkaan aku ternyata meleset..dia msih lg berminat dengan bnd misteri x masuk akal sama seperti kami blaja dl..Cuma masing2 skrg dh duduk jauh dan susah nk berjumpa..rupanya, dia menyimpan satu cerita yg sgt2 berat untuk di ceritakan pada org lain..so dia berkongsi cerita ni dgn aku..dan aku kongsikan cerita dia dengan korg sume di atas keizinan beliau sendiri..
Versi Original Faiz:
Sekadar nak berkongsi pengalaman seram aku masa aku bermalam kat quarters guru kat Felda Palong 11, Gemas, Negeri Sembilan pada 30/7/2011. Cam biase la aku akan pegi jumpe bini aku seminggu atau 2 minggu sekali sebab aku keje kat Johor Baharu..mengikut kebiasaan, kami akan menginap di Hotel Era atau Kiara In... tp kali ni di sebabkan sume member bini aku dan cikgu2 kat quarters tu dah balik ke kampung bagi persiapan menyambut kedatangan awal Ramadan, aku mengambil keputusan untuk bermalam je kat quarters kat Felda Palong 11 tersebut (walaupun telah di larang keras oleh bini aku sebenarnya, tp nak wat cmne nak jimatkan kos sewa hotel, pegi jela). Untuk pengetahuan semua, aku mengajar di sebuah sekolah di Johor, org rumah aku pulak mengajar kt area Negeri Sembilan ni. So bkn setiap hari aku dpt bermanja dgn dia. Tu sbb la kl bole aku xnk ada apa2 masalah pun dlm date kami time tu..=)
Lepas beli siap2 barang2 untuk di masak nanti, kami menuju ke Felda Palong 11 dari Bahau (cam pekan cowboy..kecik je, kat sni la aku turun bas dari Johor). Perjalanan dari Bahau ke Felda Palong 11 mengambil masa lebih kurang hampir 1 jam, meter kete kene maintain 90@100km sejam, bayangkan betapa jauh dan dalam nya tempat destinasi yg kami tujui. Perjalanan kami kiri kanan kelapa sawit, getah dan semak samun yang sangat tebal gila. Naik bukit turun bukit, pas2 lori2 besar memang banyak kuar masuk kat jalan ni, jalan raya plak pecah2...
Lebih kurang 20km sebelum masuk ke simpang Felda Palong, bini aku menceritakan tentang pengalaman beliau kemalangan berdekatan tempat yg sedang aku lalui time tu..dia menunjukkan aku tempat kereta dia terbabas di sebab nak mengelak lori treler yang muncul bertembung dengan tibe2 tempoh hari. Ntah la, bini aku cakap masa dia lalu kat tempat kawasan ladang kelapa sawit tu, dgn secara tiba2, penglihatan mata dia jadi kabur dan gelap. Akibatnya dia terpaksa mengelak dan terbabas hingga keluar dari jalan utama. Tayar kete pecah, time 2 dah la nak hampir Maghrib. Mujur la dia di temani kawan pada ketika itu...kejadian tu mmg btul2 membingungkan dia..apa yg terjadi pada dia time tu sbenanya..pelik..
Tak lama selepas tu, datang seorang hamba Allah ni sudi menghulurkan bantuan, terpaksa la tukar tayar spare..bersyukur sebab time2 mcm, tu ada yg sudi menolong..yg lebih bersyukurnya, nasib baik lelaki tu bukan seseorg yg datang dengan berniat jahat pada masa tu...
.:Terima Kasih Allah:.
Tu saja ungkapan yg org rumah aku ucap kan dalam hati nya, memperingati kuasa Allah yg Maha Mengasihani dan Maha Mendengar.
Sambil2 brader tu membetulkn tayar kereta yg pecah tu, dia ada juga pesan..
‘’lain kali, kl drive kat kawasan ni, kene sentiasa berhati-hati ...sebab kawasan ni memang sangat keras, lebih2 lagi time senja camni.. maybe makhluk belaan tuan tanah kat ladang kelapa sawit tu nak main2 dengan kamu...’’
seriau bulu roma aku mendengar cerita bini aku dengan penuh penjelasan yg halus tentang kejadian itu.. itu la topik yang aku bualkan dengan bini aku sepanjang perjalanan...
Sedar x sedar, kami dah masuk ke daerah Felda Palong 11, sekitar jam kul 5 petang camtu la. Bila masuk dan sampai di perkarangan quarters guru di situ.. YA ALLAH dia punye sunyi lain macam, hny tuhan je yg tau apa yg dah bersarang dalam kotak pemikiran aku ni.. seigt aku, langsung tiada siapa yg berada di situ..Quarters guru ni letaknya betul2 kat atas bukit, dah macam haunted mansion je aku tgk. Aku dengan bini aku je, tetibe rase nak ke Bahau balik sewa hotel, tapi kami btul2 dah xlarat la dan kepenatan..so dengan berbekalkan doa2 pelindung, aku tekad untuk bermalam jgak kt rumah tu..
.:blok blakang sekali memang guru xduduk sebab terlalu keras, blok bini aku yang depan kanan, ada 3 blok je:.
Lepas turun dari kereta, kami berkemas membawa naik semua barang2 masuk ke rumah quarters (tingkat 2) bini aku. Hari pun makin nak senja..keadaan sekitar menjadi semakin seram dan lebih menakutkan pada sebelah malam. Lupe nak bgtau, bini aku skrg ni tengah hamil anak sulung kami, korang paham2 jela orang pompuan, awal2 hamil banyak alahan, badan sentiasa penat, so aku sebagai suami kene la bertanggungjawab menguruskan diri aku sendiri. Barang sume dah setel di simpan, mandi, dan menyelesaikan solat sebagai tanggungjawab aku kepada Allah yg Maha Esa...
Jam baru je melepasi pukul 11 malam..Bini aku baring dan merehatkan diri di sebelah aku..malam tu kami berdua tido kat ruang tamu, sebab aku nak tengok tv. Saja nk melayankan mata ni sampai terlelap.. Bini aku dah nyenyak tido, melayari mimpi disebelah aku..
Tengah syok aku layan tv, terlupa lah sekejap pasal perasaan seram dan seriau aku tadi... tibe2 aku terdengar bunyi yang sangat aneh..seolah2 seperti burng..kl nak kata burung, aku x rasa ada burung kat Malaysia ni yg berbunyi mcm tu.. macam mana aku nak jelaskan ek??..sedang aku amati bunyi aneh tu, aku tiba-tiba teringat kat cerita bini aku dulu, kat kawasan ni, memang ada burung hantu sebesar saiz manusia dewasa normal. Orang2 kampung kat bawah bukit tu selalu nampak bnd tu berlegar2 kat area quarters ni..makhluk yg berkaki manusia dan berbadan burung...terus tegak bulu roma aku bila membayang kan situasi yg x sepatutnya bermain dalam otak aku time tu..
‘’Agak2 kalau aku kuar aku dapat tengok x??’’
Terdetik jgak di dalam hati aku kata2 mcm tu..walhal hanya tuhan je yg tau perasaan bercampur baur aku time tu..
Agak lama jgak bunyi benda pelik tu..dalam hati aku, jgn lah bnd tu singgah kt tingkap atau ketuk pintu rumah aku ni...tapi aku cuba wat xtau je,bunyi tu betul2 ku rasa berada kat atas bumbung quarters ni. Lepas beberapa ketika, bunyi pelik sayup2 hilang...hati aku masih tidak yakin dan perasaan takut masih lg menebal dalam diri aku..namun aku lelaki dan seorg suami..aku harus memberanikan diri aku walau apa pn yg datang...
aku pegi dapur dengan niat nak minum air... haus punya pasal, aku memberanikan diri aku...air masak dituang cermat kedalam cawan aku..aku menghirup dengan penuh rs bersyukur..walau jauh di sudut hati ni masih terkunci peti ketakutan yg susah untuk aku hilangkan pada masa tu..
sambil menghirup air masak tu untuk penghabisan, lirikan mata aku begitu nakal dan meliar memandang di setiap pelusuk dapur rumah... aku sempat melontarkan pandangan aku ke celah cermin dapur yg kelihatan uzur makan dek usia..pemandangan blok berhadapan dengan blok aku yang tidak ada sesiapa pun tinggal...ianya sudah berusia bertahun2 di tinggalkan...
kabus pada ketika itu sangat tebal, sebijik dah aku rasa macam cite Evil Dead... Aku mundar mandir kat dapur xtau nak watpe, tv aku biarkan terbukak macam tu je, sebaik aku nak kuar dari dapur aku terdengar suara wanita mengilai nyaring dari blok depan, dengan suasana yg sgt2 sunyi, malam yg sgt gelap, betul2 bersendirian, aku rasa tu lah masa nya aku patut takut...aku terus lari pergi mendapatkan bini aku...betul2 giler..korg tau apa yg telinga aku ni dengar...?
PONTIANAK..!!!!
Ikhlas..perasaan takut masa tu, hanya tuhan je yg tau..hati dan mulut ni mula menyebut kalimah Al-Quran dan ayat2 pelindung..aku baca semua yg aku tau... Sedang aku ketakutan, aku terdengar bunyi dengusan aneh dalam toilet rumah aku tu...nak kata air tangki, aku yang dah besar tua bangka ni sudah pastinya dapat membezakan nya. Disebabkan aku berada dalam keadaan yg tersangat2 takut, aku kejutkan bini aku bagi mengurangkan perasaan takut yg semakin menular masa tu...
‘’awk..awk..bunyi apa tu dalam bilik air tu..??’’
Dengan penuh ketakutan aku bertanya kat bini aku aku yg sedang separa sedar dari tido nyenyak nya...
‘’xd pape tu bang...bunyi air tangki je tu..’’
‘’betul ke bunyi air tangki mcm tu..??’’ tny aku dengan penuh keraguan..
Pastu bini aku terus cubit paha aku seperti memberi amaran kepada aku supaya jgn berkata-kata sepatah pn lg....aku terus mendiamkan diri seribu bahasa..x tau apa lagi yg patut aku buat time 2..
‘’nanti esok saya cite ye bang...’’
Aku pun mula terasa semacam, seriau xyah cakap la...aku terus td.. dan saat2 tu jgak lah aku perasan sangat ada cam benda melintas2 kat tingkap rumah aku, cam kelibat sesuatu...aku wat x peduli.... Aku biarkan dan tdo dengan tv terbuka...aku paksa kan diri aku menutup mata dan tido..dengan harapan dapat aku melepasi malam yg sangat2 dahsyat tu....
Pada awal keesokan pagi nya.. aku dengan rasa xsabar dan penuh dengan soalan, aku tanya bini aku pasal kejadian semalam.... HARIMAU JADIAN, itu lah perkataan yg terkeluar dengan jelasnya dari mulut bini aku tu... pagi 2 aku kene basuh dengan bini aku kaw2...adehhh
‘’Awak..kalau terdengar bunyi yg pelik2, xpayah la awak tegur..pot pet pot pet pot pet...’’
Aku diamkan je..sebab apa yg bini aku cakap tu mmg betul..aku pn satu hal jgak..panik sampai x sengaja menegur bnd2 mcm tu..mana tak nya, dah dalam keadaan yg paling menakutkan..semua jadi x tentu arah...
bini aku dengar jgak sebenarnya dan dia cakap bunyi kat dalam toilet tu macam dekat je, tapi org2 tua pnh cakap, kalau dengar bunyi tu dekat, sebenarnya benda 2 duk jauh... kalau dengar bunyi tu sayup2, maka benda 2 sgt dekat dengan kita, dan maybe tengah jilat2 leher korg.... hari tu ada seorg cikgu lelaki kat sini tegur, marah2 kan benda ni, pagi esoknya habis satu badan dia calar balar seolah2 kene cakar teruk. Kat sini memang xleh main2 mulut jangan celupar, maybe kalu ada rezeki di masa hadapan, korg bole la datang singgah bermalam kat sini, korg tau la....
reminder : nenek n bapak aku pn pnh cite psl hantu burung tu masa ku kecik dl..mmg slalu bnd tu dtg ketuk pintu rumah org mlm2..separuh burung separuh manusia..kl la bnd tu dtg ketuk pintu umah korg..pehhhhh..!!