Thursday, December 1, 2011

Chapter 23 : Toilet of Hell

Malam itu aku baru saja pulang dari pejabat..lepas membersihkan diri, aku menunaikan solat wajib Maghrib..aku melabuhkan badan di atas katil yang memang selalu berkhidmat dalam memberi keselesaan yg maksimum kepada tuan nya..dlm berehat, aku memikirkan tentang pertandingan catur pada esk hari..maklum lah, dah sangat lama aku tidak sentuh permainan tu..ini pulak terpilih untuk main mewakili mereka yang memilih…



Sambil aku dalam kerehatan aku itu, daun pintu bilik terbuka menandakan ada seseorang ingin masuk..adik aku Apis, juga baru sampai di rumah selepas penat mencari rezeki halal di luar sana..dia juga mempunyai rutin harian seperti aku, membersihkan diri dan menunaikan solat Maghrib..selepas selesai semuanya, dia juga baring dan berehat..

Aku yg masih khuatir tentang pertandingan esok, mengajak adik aku untuk berlatih catur..dia juga seorang rakan sparing catur yg kental…memang elok sangatlah untuk aku berlatih dgn Apis..so kami menyediakan set catur dan main beberapa kali..



Untuk game yang ketiga, smbil aku meneliti papan catur yang menghidangkan buah-buah catur  untuk mencari jalan dan memikirkan strategi peperangan dalam catur yang sedang kami main itu, adik aku tiba-tiba membuka cerita yang padanya memang menakutkan dan mampu menegakkan bulu roma..aku hny mendengar dengan penuh minat..

Versi Apis  :

Di tempat kerja dia, ada juga beberapa orang staff yg kene stay di ofis untuk menyiapkan kerja dan terpaksa menjaga network untuk memastikan kepuasan pelanggan di penuhi..sebenarnya aku ada juga beberapa orang kawan yang bekerja di ofis yangg sama dgn tempat adik aku kerja.. dan mereka ad jg bercerita tentang peritnya masa yg tidak menentu bekerja di ofis itu..ada juga kawan aku yang sudah berhenti  kerana tidak dapat tahan lagi dengan sistem kerja yang begitu menekan dan tidak sesuai..

Di level ofis dia tempoh hari, ad dua tiga org kwn ofisnya terpaksa stay di ofis bagi menjalankan tugas dengan sempurna. Dengan tidak memikirkan perkara yg negatif, mereka teruskan pekerjaan mereka seperti biasa..untuk pengetahuan semua, di ofis itu, pada belah malamnya, semua lampu ofis akan dipadam kan bagi mengelakkan pembaziran..jadi kepada sesiapa yg masih bekerja dan berniat untuk stayback, hanya lampu di kawasan mereka sahaja yang dibenarkan menyala…selain itu, semuanya gelap…

Sedang mereka membuat kerja, salah seorang dari mereka ingin ke tandas melepaskan hajat..tandas di tempat mereka terletak di luar kawasan tempat bekerja, berdekatan dengan lif di luar pintu utama ofis..hallway diluar juga gelap..hny beberapa biji lampu malap digunakan sebagai panduan jalan yang sudah sememangnya gelap..di tambah lagi dengan warna dinding dan lantai yang berwarna hitam..

Apabila beliau ke tandas, hanya keseorangan, segala hajat beliau di tunaikan..sambil rokok di mulutnya dihisap bagi menutupi segala aroma-aroma yg kurang menyenangkan dari menyusup masuk ke ruang rongga hidungnya..ini adalah perkara biasa ntuk seorang lelaki apabila berada di dalam tandas…



Apabila hampir habis hajat di tunaikan, dia terdengar seperti seseorang msuk ke tandas bersebelahan dengan tandasnya..walau pun tidak mendengar apa-apa bunyi tapak kaki sesiapapun berjalan masuk dari luar ke dalam tandas, di tandas sebelahnya seperti ada seseorang sedang menggunakannya..mungkin dia terlepas pandang dan mungkin tidak perasan yang ada orang berjalan masuk dari luar ke dalam tandas itu..itu yg di fikirkannya bagi mengelak kan segala pemikiran negative datang menganggu..pada ketika dan saat seperti itu, bermacam-macam perkara boleh terjadi jika tidak dikawal akan perasaan dan emosi..

Apabila semua sudah selesai, dia membasuh tangan di sinki..di hadapannya terletak sebuah cermin yang besar..ianya mmg khas di bina untuk memberi kemudahan kepada staff mengemaskan diri sentiasa..melalui pantulan imej di cermin, dia boleh nampak ada satu pintu tandas tertutup..untuk pengetahuan korang semua, dlm toilet tu hanya terdapat dua tandas sahaja..jadi tidak susah untuk dia nampak tandas di sebelah tandas yg di gunkan beliau sebentar tadi..

Mungkin yang berada di dalam tandas itu adalah kawan sekerjanya  yang bersama-sama dia membuat kerja..lalu dia menegur…

“Rozaimi (bukan nama sebenar), ko ke tu?, nk aku tgu x?” tanya si Azfarel (bukan nama sebenar) untuk mendapatkan kepastian.

“HMMMM…” ada jawapan dari sebelah pintu yang tertutup itu.

Azfarel amat kenal dengan intonasi suara itu..ianya memang suara Rozaimi..sudah beberapa lama menjadi officemate, dia memang pasti itu mmg Rozaimi..

                “Ok, aku tgu ko..cpt sket..” smbung Azfarel.

                “HMMMMM..” sekali lagi dengan jawapan yg sama..

Apa yang memelikkan Azfarel, suara Rozaimi seperti sedikit berlainan seperti biasa..pada pendapatnya mungkin Rozaimi cuba menakutkan nya..maklum lah, dh tgh2 mlm mcm ni..

Selepas hampir setengah jam, rozaimi masih lagi tidak keluar dari tandas..malah secara faktanya, Azfarel langsung tidak mendengar bunyi apa-apa pun dari dalam tandas tersebut..bunyi air?pam tandas?air paip? Langsung tiada…masa semakin lewat..ada banyak kerja yang perlu di siapkan..Azfarel semakin hairan..

                “Weh, lamanya..! cepat la sikit..” gesa Azfarel.

                “HMMMMMM…” jawabnya.

                “Aku masuk dulu la..banyak benda aku tak siapkan lagi ni..”

                “HMMMMMM…”

                “Aku gerak dl weh..”

                “HMMMMMMMM…”

Dengan penuh rasa hairan, Azfarel pergi meninggalkan tandas untuk masuk ke ofisnya menyambung kerja yang tertunggak..

Apabila Azfarel berjalan masuk ke dalam ofis untuk ke tempat ruang kerjanya, perasaan terkejut yg bukan kepalang menyelubunyi selruh tubuh badan Azfarel..kerana Rozaimi telah ada di meja kerjanya sedang meneliti computer beliau bagi menyiapkan tugasannya..

“Eh?? Cptnya ko masuk?bila masa ko pintas aku?” tanya Azfarel yg sgt2 kehairanan.

“Emm?aku pergi mn pulak?? Sini jela aku duduk dari tadi..?” jwb Rozaimi.

“Ko jgn memain weh..kt level ni hny kita je yg tinggal..mmg xd org ln dh..dh tu sape pulak yg aku tegur dlm tandas td??” Azfarel sedikit cemas dan takut.

“Ko tegur sape? Yg penting mmg bkn aku weh..aku duk sini je dari td..” Rozaimi memberi kepastian yang sebetulnya..

Kedua mereka mula berasa takut dengan perkara yg baru saja menimpa Azfarel..

PS: Selepas dari kejadian tu, ada lagi yang tekena, level yang sama..seorang staf perempuan mengandung masuk tandas, dan dari pantulan cermin dia boleh namapk pintu tandas bergerak sendiri and ada something kat belakang pitu itu mengintai dia.. lepas je adik aku dengar cite ni, dia sendiri dah malas nak keje sampai lewat malam..damnn..