Harpy.Didalam kronologi dan mitologi Yunani, ''Perampas'' adalah perkataan daripada bahasa Latin : harpeia. ianya originally berasal dari bahasa kaum kuno Yunanni iaitu : ἅρπυια, harpūia. "Harpy" adalah satu makhluk berbulu yang bersayap seperti burung. Ianya bagai kacukan manusia dan burung. mempunyai bahagian atas manusia dan burung di semua bahagian yang lain. ianya di gelar "harpy" kerana terlalu suka mencuri makanan.
Harpies adalah saudara Iris, anak-anak perempuan Thaumas dan Electra. Phineas, seorang raja Thrace, yang mempunyai anugerah kuasa magikal dan dan gah di zamannya membuatkan, Zeus, marah kepada Phineas kerana mendedahkan terlalu banyak rahsia alam mereka. Maka dengan itu Zues menyeksanya dengan membutakan kedua mata beliau dan meletakkan beliau di sebuah pulau yang penuh dengan makanan yang sememangnya tidak dapt dimakan beliau. Disitu, Harpies, yang senantiasa datang dan mencuri makanan daripada tangannya sebelum dia dapat memuaskan rasa laparnya. Ini berterusan sehingga ketibaan Jason dan Argonauts. Boreads, anakkepada Boreas, North Wind, yang juga berkeupyaan terbang, berjaya menghalau semua harpies tanpa membunuh satu pun daripada mereka, berikutan permintaan daripada Iris, yang telah berjanji bahawa Phineas tidak akan diganggu oleh itu harpies lagi. Berterima kasih di atas bantuan mereka, Phineas memberitahu Argonauts bagaimana untuk mengembara ke Symplegades.
Dalam bentuk ini mereka adalah ejen hukuman yang yang meculik manusia dan menyeksa mereka ketika meraka di dalam perjalanan ke Tartarus. Mereka sangat ganas, kejam dan jahat. Mereka tinggal di pulau-pulau Strophades. Mereka biasanya dilihat sebagai personifications yang bersifat pemusnah angin. Harpies dalam tradisi ini, kini dikategorikan sebagai tiga saudara perempuan bukannya dua yang berbeza dari asalnya, adalah: Aello ("ribut pantas"), Celaeno ("gelap") - juga dikenali sebagai Podarge ("cepat kaki") - dan Ocypete ("sayap yang dekat").
Mungkin ianya kelihatan seperti berasal di tempat yang sangat jauh dari negara kita, namun melalui pengalaman aku mendengar cerita orang-orang tau kampung aku dulu, aku berani kata bahawa makhluk ini juga wujud dan berada di negara kita. Masa aku kecik2 dulu , bapak aku selalu menceritakan pengalamannya semasa kecil hidup didalam kawasan pedalaman jauh dari bandar dan pekan. Berulang kali cerita tentang hantu manusia burung ini di ceritakan. Nenek aku juga pernah menceritkan hal yang sama. Mungkin orang-orang kampung di zaman nenek aku dahulu memang menyimpan perasaan takut tentang perkara ini.
No comments:
Post a Comment